Monday, 3 November 2014

TANAMAN KELAPA MATAG

Oleh kerana pekerjaan me sebagai pegawai pertanian. Maka hidup me memang takkan lari dengan skop - skop berkait dengan semua tanaman seawal sejak penanaman hinggalah kepada proses penuaian.
Hari ni nak cerita sikit pasal tanaman kelapa matag nih.
kelapa matag atau nama saintifiknya cocos nucifera ada banyak kat kawasan pesisir pantai dan kawasan pendalaman tropika. Nak - nak lagi kat belah Terengganu ni kan.
sepertimana yg korang tahu, kelapa ni mmg banyak kegunaannya. Dari atas sampai bawah pun boleh guna tau. Produk utama yg boleh dihasilkan adalah minyak kelapa, kelapa parut, kelapa parut kering, kerisik, santan, nata de coco, jelly kelapa, air kelapa, minyak vco, Banyak lagi lah. hehe
Fokus utama Jabatan Pertanian sekarang adalah tanaman kelapa MATAG dan kelapa pandan yang mana disyorkan kernaa memberikan pulangan wang yang tinggi. Pulangan yang TINGGI. Ada faham? Rugilah kalau tak nak ambik peluang.hehehehe
Meh sini nak bagitahu kelapa punya saintifik sikit.

KELAPA MATAG

Kelapa jenis hybrid yang dihasilkan melalui pendebungaan silang antara kelapa rendah malaya \9 \mrd/\myd \0 dan kelapa tinggi tagnanan. \jenis sederhana tinggi dimana ketinggian pokok boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buah berwarna sama ada hijau, oren, atau keemasan bergantung kepada jenis pokok induk. Purata bilangan buah dianggarkan kepada jenis pokok induk iaitu sebanyak 140 biji/pokok/tahun. Purata hasil 25,000 biji/ha/tahun ( 178 pokok/ha )pada jarak 8.1 m X 8.1 m menggunakan sistem segi tiga sama.

KELAPA PANDAN

Kelapa jenis rendah yang dihasilkan melalui pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Diperkenalkan di Thailand pada tahun 1971 dan dikenali sebagai ' Makprow Nam Horm '' manakala 'Aromatic dwarf '' diperingkat antarabangsa. Isi dan buahnya berbau wangi pandan dans esuai untuk diminum dan simakan segar.
Buah berwarna hijau, kecil berbentuk bulat, berbiku tiga. Bilangan setandan antara 10- 22 biji. Anak pokok pandan bleh dikenali dengan aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan terhasil apabila bahagian bawah lai daun dlaurikan. Purata hasil 30,000 biji/ha/tahun(  272 pokok/ ha  pada jarak 6.5 m X 6.5 m menggunakan sistem segi tiga sama )


KELAPA PANDAN 
KELAPA MATAG



No comments:

Post a Comment